PERMOHONAN KURSUS PENDEK

ePSH Borang

Borang permohonan online bagi

kursus pendek PSH

Jadual Kursus

Takwim kursus PSH yang ditawarkan di KKTB bagi tahun 2024

Sistem ePSH

Sistem pengurusan PSH

Kolej Komuniti Malaysia


FAQ - Soalan yang sering ditanyakan

Apakah kursus yang ditawarkan?

Kami menawarkan kursus pendek kepada komuniti setempat seperti kursus masakan, jahitan, solekan, bahasa, komputer, e-learning dan sebagainya.

Bagaimana untuk mengikuti kursus tersebut?

Sila layari laman media sosial Kolej Komuniti Tangga Batu di Facebook, Tik Tok dan Instagram untuk iklan hebahan kursus. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di laman ePSH Borang atau hubungi no. telefon penyelaras kursus.

Berapakah tempoh masa berkursus dan bayarannya?

Tempoh masa berkursus bergantung kepada modul dan peringkat yang ditawarkan. Bayaran kursus minima adalah RM 5.00 sahaja untuk tempoh 5 jam. Sila rujuk maklumat lanjut berkenaan kursus tersebut.

Alhamdulillah....ank² sgt seronok join....xberhenti² mulut bcerita....ulang Kali sebut seronok....tcr baik...TQ tcr² utk kelas Hari ni....semoga ada peluang lg utk sertai pda lain masa....

— Puan Siti Fairus (komen di Facebook)


Hubungi kami

Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk mendaftar kursus, sila isikan maklumat di bawah atau hubungi penyelaras PSH di talian 06-3152952 ext. 120

Lokasi

Kolej Komuniti Tangga Batu
Lot 423, Jalan SS1, Jalan Taman Sayang Selasih, Taman Sayang Selasih, 75200 Klebang Besar, Melaka


Informasi

Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB), merupakan salah satu daripada 105 buah Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan  Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi. Kolej telah mula beroperasi pada Ogos 2010 sebagai cawangan kepada Kolej Komuniti Masjid Tanah dan mulai Oktober 2012 telah beroperasi sendiri yang terletak di Taman Sayang Selasih, Klebang Melaka.

Sasaran penubuhan Kolej Komuniti Tangga Batu adalah untuk mendidik pelajar-pelajar lepasan SPM yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran. Selain itu, Kolej Komuniti Tangga Batu juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menambah kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berasaskan kemahiran dan ilmu terkini melalui kursus pendek yang diadakan pada setiap hujung minggu.

Create Your Own Website With Webador